Siklon Michaung: AirAsia teruskan penerbangan ke Chennai

5 Dec 2023 • 8:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AirAsia

KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan pihaknya tidak membatalkan sebarang penerbangan ke dan dari Chennai, India, setakat ini berikutan banjir pada pagi Selasa yang menyebabkan operasi di lapangan terbang itu terpaksa ditutup.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu memberitahu Bernama bahawa kesemua penerbangannya yang dijadualkan pada hari ini, diteruskan.

Malah, syarikat itu akan terus memantau keadaan di Chennai secara harian.

Operasi Lapangan Terbang Chennai telah digantung susulan hujan lebat serta angin kencang berikutan Siklon Michaung.

Mengikut laporan berita, Chennai dilanda hujan lebat dan banjir ketika Siklon Michaung menghampiri bandar berkenaan. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved