“Silap saya sendiri” – Netizen Sedih Lihat Goh Jin Wei Tahan Sebak Ketika Temubual Lepas Perlawanan

Entertainment
1 Aug 2024 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan team Badminton Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, korang pasti merasa sebak mengenangkan perlawanan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang tewas di tangan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun dalam aksi terakhir kumpulan H semalam.

Jin Wei yang tewas dalam pertarungan tiga set 21-17, 20-22, 21-23 dalam tempoh 65 minit itu dilihat menahan sebak selepas keluar dari gelanggang di Porte de La Chapelle Arena.

Goh Jin Wei mohon maaf

Ketika ditemubual Astro Arena, Goh Jin Wei yang kelihatan masih sedih telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia apabila perjuangannya di Olimpik Paris 2024 berakhir semalam.

Memang ada peluang tetapi saya tidak dapat menyudahkannya. Ga Eun mengawal tekanan dengan lebih baik dalam perlawanan hari ini.

“Saya tidak mahu beri sebarang alasan kerana apa yang berlaku disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya akan lihat semula rakaman perlawanan hari ini dan tengok apa lagi yang kurang untuk saya perbaiki,” katanya.

Bekas juara remaja dunia itu juga berkata, perkara ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain badminton profesional.

Saya akan terus berjuang, saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya dalam hidup ini. Saya akan perbaiki kelemahan untuk menghadapi cabaran seterusnya tetapi buat sementara saya mahu berehat dulu,” katanya lagi.

“Tak perlu minta maaf” – Netizen

Rata-rata netizen yang melihat reaksi sedih Jin Wei itu meluahkan rasa kagum atas semangat yang ditonjolkan pemain badminton tersebut dan meminta agar pemain ini tidak meminta maaf kerana sudah melakukan yang terbaik buat negara.

image is not available

Jangan patah semangat ya Jin Wei! Terus sukses!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.