Siling rumah runtuh hempap keluarga ketika ribut

6 Nov 2026 • 9:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siling rumah runtuh hempap keluarga ketika ribut

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila siling rumah mereka runtuh secara tiba-tiba ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan Sungai Besar, Selangor pada malam tadi.

Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan berada di dalam bilik sebelum siling berkenaan jatuh menghempap mereka termasuk anak-anaknya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @ekin_nadhira, kejadian berlaku dalam tempoh singkat apabila hujan lebat dan angin kuat menyebabkan bahagian dapur rumahnya turut mengalami kerosakan.

Menurut wanita itu, dia segera membawa anak-anaknya keluar dari bilik selepas siling runtuh, namun tidak menyangka keadaan bahagian dapur rumah mereka juga sudah rosak teruk.

“Anak-anak masih terkejut sebab siling jatuh atas badan mereka. Cepat-cepat saya bawa keluar dari bilik, tetapi tidak tahu dapur pun sudah runtuh seperti itu,” katanya.

Tambahnya, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku kepada keluarganya sebelum ini meskipun mereka sudah biasa berdepan keadaan bumbung rumah diterbangkan angin ketika cuaca buruk.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan selain mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Seorang pengguna berkata, keadaan cuaca di Puncak Alam turut membimbangkan apabila kawasan berkenaan dilanda banjir pada sebelah petang sebelum ribut melanda Sungai Besar pada waktu malam.

“Allahuakbar. Kami petang tadi di Puncak Alam sudah berdepan banjir. Malam ini nampaknya cuaca ribut di Sungai Besar. Semoga dipermudahkan urusan penduduk di sana,” katanya.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalaman berdepan kilat dan petir kuat di kawasan Kuala Langat sehingga menyebabkan rumahnya bergegar.

“Petir kilat menyambar di kawasan Kuala Langat pun kuat juga, bergegar-gegar rumah. Ada yang rasa macam depan atau belakang rumah sahaja,” tulisnya.

“Rumah kita tiga kali elektrik terputus. Petir bersambung-sambung. Kita pula terketar-ketar hendak buka kotak fius,” komen 868_sen pula.

Rata-rata pengguna media sosial berharap keluarga berkenaan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan itu selain mendoakan keselamatan mereka sekeluarga. – KOSMO! ONLINE

The post Siling rumah runtuh hempap keluarga ketika ribut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved