Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

LocalCars
10 Jan 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Inginkan satu kelainan? Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jenama Automotif Terkemuka

Acara AutoArena ini menjadi tapak himpunan pelbagai jenama terkenal dunia seperti BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo, selain kereta terpakai premium melalui Auto Selection.

image is not available

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat model kenderaan terkini tetapi juga menikmati promosi eksklusif, peluang pandu uji dan tawaran istimewa untuk merealisasikan impian memiliki kenderaan idaman.

Komitmen Sime Motors Terhadap Pengalaman Pelanggan

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Menurut Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, acara ini membuktikan dedikasi Sime Motors untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada pelanggan.

"Kami telah berkembang daripada acara kecil di bilik pameran kepada tapak parkir terbuka dan pangkalan udara. Kini, kami mengadakan acara di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini mencerminkan kemajuan Sime Motors serta semangat kami untuk terus berinovasi dan mendekati pelanggan," jelas beliau.

Kerjasama Strategik Dengan Perbadanan Stadium Malaysia

Semasa majlis pelancaran acara AutoArena, Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia turut mengumumkan kerjasama strategik untuk memperluas penggunaan EV di negara ini. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Sime Motors menyediakan dua unit EV untuk kegunaan operasi Perbadanan Stadium Malaysia selama dua tahun. Selain itu, sebuah stesen pengecasan EV akan dibina di stadium tersebut, memberikan kemudahan kepada komuniti sekitar untuk menggunakan infrastruktur pengecasan EV.

Pelbagai Aktiviti Menarik Di Bawah Satu Bumbung

image is not available

Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, barangan pameran eksklusif dan peluang untuk melihat teknologi terkini dalam industri automotif, termasuk kenderaan elektrik (EV).

Dengan program padat dan peluang yang tidak boleh dilepaskan, Sime Motors AutoArena dijangka menarik ribuan pengunjung.

Butiran Acara Sime Motors AutoArena

Berikut adalah butiran acara Sime Motors AutoArena:

Tarikh: 10–12 Januari 2025

Masa: 9 pagi – 7 malam

Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil

image is not available