Sime Motors Mengorak Langkah Ke Pasaran Malaysia Timur Dengan Pembukaan Pusat 3S BYD Pertama 

LocalCars
16 Dec 2024 • 8:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sime Motors Mengorak Langkah Ke Pasaran Malaysia Timur Dengan Pembukaan Pusat 3S BYD Pertama

KOTA KINABALU, 13 Disember 2024 – Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pembukaan gilang-gemilang Pusat 3S BYD Malaysia Timur yang pertama di Kota Kinabalu. Pembukaan pusat tersebut yang dikendalikan oleh wakil penjual sahnya, Regas EV Sabah, menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha untuk membawakan penyelesaian pengangkutan elektrik dan rendah karbon BYD kepada penduduk Sabah.

Pencapaian ini sesungguhnya menandakan pertumbuhan mantap BYD di seluruh Malaysia dan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan cemerlang dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) yang pantas berkembang di Malaysia Timur.

Pusat 3S BYD Pertama di Malaysia Timur

image is not available
Terletak secara strategik di tengah-tengah Kota Kinabalu, fasiliti 3S serba moden ini meliputi kawasan seluas 1,288 meter persegi, menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk konsultasi jualan, pandu uji kenderaan, dan sokongan selepas jualan.

Terletak secara strategik di tengah-tengah Kota Kinabalu, kemudahan 3S terkini ini meliputi ruang seluas 1,288 meter persegi, menawarkan pilihan perkhidmatan yang serba lengkap termasuk khidmat rundingan jualan, pandu uji kenderaan dan sokongan selepas jualan. Pusat ini, yang dikendalikan oleh Regas EV Sabah, direka bentuk dengan teliti untuk membolehkan pelanggan BYD menikmati pengalaman yang menyenangkan dan bersifat peribadi, memastikan mereka diberi sokongan dalam setiap langkah perjalanan mereka bersama jenama.

Di samping itu, BYD Kota Kinabalu berbangga untuk menjadi salah satu daripada Pusat EV pertama di Sabah yang dilengkapi dengan dua unit Pengecas Super DC yang menyediakan empat pistol pengecas. Kemudahan pengecas canggih ini dapat membekalkan kuasa sehingga 180kW, sedia menjanjikan pengalaman pengecasan yang pantas dan cekap bagi pelanggan.

image is not available
Satu malam yang tidak dapat dilupakan menyaksikan majlis pembukaan besar-besaran bilik pameran BYD Kota Kinabalu, dengan persembahan yang meriah, suasana penuh keceriaan, dan senyuman di mana-mana.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran, Asia Tenggara, Sime Motors berkata, “Sebagai pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Motors amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Regas EV Sabah untuk melancarkan Pusat 3S BYD baharu di Malaysia Timur. Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sambil kami berusaha memenuhi keperluan masyarakat di Sabah yang kian berubah. Kami amat menghargai kesetiaan dan kepercayaan yang diletakkan oleh para pelanggan terhadap kami dan terus bertekad untuk mengatasi jangkaan mereka.”

Datuk Matthew Tan, Pengarah Urusan Regas EV Sabah, berkata, “Pusat 3S ini bukan satu kemudahan biasa semata-mata — ia merupakan komitmen kepada usaha memenuhi matlamat peralihan Sabah ke arah kaedah pengangkutan elektrik dan penyelesaian rendah karbon berpandangan jauh, dipacu oleh teknologi bertaraf dunia BYD.”

Pusat 3S BYD baharu terletak di lokasi strategik di Lot 33, Taman Perindustrian Sedco, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu, memudahkan kunjungan pelanggan. Untuk maklumat terkini, ikuti media sosial Regas EV Sabah di https://www.facebook.com/bydregasevsabah dan https://www.instagram.com
/byd_regasevsabah/
Instagram, atau hubungi syarikat menerusi e-mel di general@regasev.my.

Pengalaman Pelanggan BYD Ditambah Baik dengan Kemudahan Baik Pulih & Cat Badan Kereta

image is not available
[Dari kiri ke kanan] Datuk Aloysius Tan, Pengerusi Regas EV Sabah dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, meraikan pelancaran Pusat 3S BYD pertama di Malaysia Timur yang terletak di Kota Kinabalu.
Perkhidmatan BYD di Malaysia Timur menjangkaui kemudahan 3S ini. Sime Motors dan Regas EV juga telah meningkatkan sokongan lepas jualan BYD dengan membuka Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kereta yang sah, menawarkan kemudahan pembaikan dan penyenggaraan kenderaan terkhusus. Kemudahan ini mengukuhkan lagi pengalaman pemilikan keseluruhan pelanggan. Di Malaysia Timur, dua kemudahan Baik Pulih & Cat Badan Kereta terletak di Kuching dan Kota Kinabalu, menawarkan penyelesaian lepas jualan sehenti yang menyeluruh.

Meluaskan Jejak BYD di Malaysia: 3 Bilik Pameran di Malaysia Timur

Selain daripada Pusat 3S yang baru dilancarkan di Kota Kinabalu, Regas EV Auto telah membuka bilik pameran BYD baharu di Sibu, Sarawak, iaitu tambahan kepada bilik pameran sedia ada di Kuching. Ini bermakna kini terdapat sejumlah 3 bilik pameran di Malaysia Timur.

Di seluruh negara, BYD kini mengendalikan 29 bilik pameran, dengan rancangan untuk mencapai angka lebih 30 menjelang akhir 2024. Peluasan ini menekankan komitmen Sime Motors untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan pelanggan untuk semua pelanggan BYD di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi https://byd.simedarbymotors.my atau mengikuti laman media sosial www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.