Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

LocalCars
21 Jul 2026 • 11:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini melancarkan BYD Certified, program rasmi kenderaan pra-milik BYD yang menawarkan laluan pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang lebih diyakini kepada rakyat Malaysia. Pelancaran ini turut menyaksikan pembukaan pusat BYD Certified pertama di rantau Asia Pasifik yang terletak di Sime Darby Auto Selection Glenmarie, sekali gus mencerminkan kepentingan Malaysia dalam strategi pertumbuhan serantau BYD.

Lebih daripada sekadar program kenderaan pra-milik, BYD Certified menetapkan penanda aras baharu bagi pemilikan EV pra-milik di Malaysia. Setiap kenderaan menjalani pemeriksaan profesional, disokong dengan penilaian kesihatan bateri yang disahkan, perlindungan waranti, penyelesaian pembiayaan serta perkhidmatan selepas jualan. Berteraskan janji "Drive Pre-Owned with Confidence", program ini menawarkan ketelusan, kebolehpercayaan dan nilai jangka panjang yang lebih baik sepanjang pengalaman pemilikan.

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Semasa majlis pelancaran tersebut, BYD Certified turut meraikan penyerahan kenderaan pertama kepada pelanggan menerusi penyerahan sebuah BYD ATTO 3 pramilik. Penyerahan ini menjadi satu pencapaian penting bagi program tersebut serta mencerminkan peningkatan penerimaan terhadap kenderaan elektrik (EV) pra-milik yang diperakui di Malaysia.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, berkata, "BYD Certified merupakan satu langkah penting dalam menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Seiring kematangan pasaran EV, kami melihat peningkatan minat dalam kalangan pelanggan yang mencari kenderaan pra-milik berkualiti dengan jaminan serta sokongan profesional.

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Melalui BYD Certified, kami memperluaskan pengalaman pemilikan BYD kepada lebih ramai pelanggan, di samping mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong mereka sepanjang perjalanan pemilikan EV, bukan sekadar melalui kenderaan yang dimiliki."

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Adeline Lew, berkata, "BYD Certified dibangunkan berasaskan piawaian kualiti yang ketat serta proses pengesahan kenderaan yang telus. Setiap kenderaan BYD pra-milik menjalani pemeriksaan menyeluruh oleh juruteknik terlatih dan disokong dengan rekod sejarah kenderaan yang disahkan, penilaian kesihatan bateri serta perlindungan waranti."

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

"Program ini juga menyediakan platform tukar beli yang dipercayai kepada pemilik BYD sedia ada, sekali gus memudahkan mereka menaik taraf kepada model BYD lain dalam ekosistem BYD sambil mengekalkan nilai pemilikan jangka panjang."

Bagi memastikan setiap kenderaan memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan tertinggi, BYD Certified dibangunkan berasaskan lima teras jaminan yang memberikan keyakinan lebih tinggi kepada pelanggan ketika membeli EV pra-milik.

5 Jaminan Kualiti BYD Certified

• Pemeriksaan 170 Perkara

Setiap kenderaan menjalani proses pemeriksaan profesional yang menyeluruh.

• Jaminan Perbatuan

Hanya kenderaan dengan perbatuan di bawah 100,000 kilometer layak menerima pensijilan.

• Usia Kenderaan Tidak Melebihi Empat Tahun

Kenderaan yang diperakui mestilah berusia tidak melebihi empat tahun dan memenuhi had perbatuan yang ditetapkan:

1 tahun / ≤30,000 km

2 tahun / ≤60,000 km

3 tahun / ≤90,000 km

4 tahun / ≤100,000 km

• Sejarah Kenderaan Bersih yang Disahkan

Dijamin bebas daripada kemalangan besar, kerosakan akibat kebakaran, kerosakan akibat banjir serta sebarang manipulasi bacaan odometer.

• Alat Ganti Tulen Pengeluar

Kerja baik pulih dijalankan menggunakan alat ganti tulen BYD mengikut piawaian pembaikan yang diluluskan.

Kelima-lima teras jaminan ini menjadi asas kepada program BYD Certified bagi memastikan setiap kenderaan memenuhi piawaian kualiti yang ketat, sekali gus memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelanggan ketika membeli kenderaan BYD pra-milik yang diperakui.

Selain pensijilan kenderaan, pelanggan turut menikmati pelbagai manfaat pemilikan eksklusif yang direka untuk meningkatkan kemudahan, nilai pemilikan dan ketenangan fikiran.

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Sorotan Program BYD Certified

• Jaminan Pembelian Semula Dalam Tempoh Lima Hari

Pelanggan layak menerima pembelian semula pada harga asal sekiranya kerosakan struktur, kerosakan akibat banjir atau kebakaran yang tidak didedahkan sebelum ini dikenal pasti dalam tempoh lima hari selepas penyerahan kenderaan.

• Sokongan Rangkaian Pengedar Sah 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Seluruh Negara

Pelanggan menikmati ketenangan fikiran menerusi perlindungan servis dan waranti di seluruh rangkaian pengedar sah 3S BYD di Malaysia.

• Platform Tukar Beli Dipercayai untuk Pemilik BYD Sedia Ada

Pemilik BYD sedia ada boleh menukar kenderaan mereka melalui proses penilaian yang telus menerusi program yang dipercayai, sekali gus memudahkan mereka menaik taraf kepada model BYD lain dalam ekosistem BYD sambil mengekalkan nilai pemilikan jangka panjang.

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Pelanggan kini boleh mengunjungi pusat BYD Certified pertama di Sime Darby Auto Selection Glenmarie, yang menawarkan pilihan model BYD pra-milik bergantung kepada ketersediaan stok. Pusat ini menyediakan pengalaman pusat sehenti yang merangkumi pembelian kenderaan, pengesahan pensijilan, perkhidmatan tukar beli, penyelesaian pembiayaan, sokongan waranti serta perkhidmatan selepas jualan.

Dengan kadar pembiayaan eksklusif BYD Certified serendah 2.03%*, program ini menjadikan pemilikan EV berkualiti lebih mudah diakses, di samping mengukuhkan komitmen BYD Sime Motors dalam menawarkan keyakinan, nilai dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Image from: Sime Motors Lancar BYD Certified, Perkukuh Keyakinan Pemilikan EV Pra-Milik

Bagi meneroka pilihan kenderaan BYD pra-milik yang tersedia serta mendapatkan maklumat mengenai tawaran terkini, layari https://byd.simemotors.my/⁠. Pelanggan juga dijemput untuk merasai sendiri pengalaman BYD Certified pada Acara Bilik Pameran Hujung Minggu yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Sime Darby Auto Selection Glenmarie.

Untuk maklumat lanjut, ikuti BYD Sime Motors di Facebook (https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia) dan Instagram (https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/) atau hubungi 1300-38-1888.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved