Simpan 78 video lucah, kelindan lori didenda RM3,500

25 Sep 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Simpan 78 video lucah, kelindan lori didenda RM3,500

TAMPIN – Seorang kelindan lori didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 78 video berunsur lucah dalam telefon bimbitnya.

Majistret Nor Farhana Mohd. Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Sabri Muhamat Solehan, 33, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi 78 video lucah pada kira-kira pukul 1 petang, 14 September lalu di tepi jalan di Tampin Square, di sini dan dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, rakaman berunsur lucah itu dimuat turun daripada beberapa laman sesawang untuk memuaskan nafsunya. – KOSMO! ONLINE

The post Simpan 78 video lucah, kelindan lori didenda RM3,500 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved