Sinar Daily rangkul johan Anugerah Laporan Portal Terbaik PERKESO

11 Nov 2026 • 10:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sinar Daily rangkul johan Anugerah Laporan Portal Terbaik PERKESO
Sinar Daily dinobat juara Anugerah Laporan Portal Terbaik pada Majlis Anugerah Media PERKESO i Lindung 2026 yang berlangsung pada Rabu menerusi laporan Mohd Ridzuan Abu Hassan. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Image from: Sinar Daily rangkul johan Anugerah Laporan Portal Terbaik PERKESO
Mohd Ridzuan berjaya membawa pulang RM5,000. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] - Sinar Daily dinobat juara Anugerah Laporan Portal Terbaik pada Majlis Anugerah Media PERKESO i Lindung u 2026 yang berlangsung pada Rabu menerusi laporan Mohd Ridzuan Abu Hassan.

Kejayaan meraih tempat pertama dalam kategori berkenaan sekali gus mengiktiraf hasil kerja kewartawanan digital yang diketengahkan menerusi laporan khas Lindung 24 Jam.

Pengiktirafan tersebut turut menjadi pencapaian membanggakan buat media bahasa Inggeris itu dalam usaha terus memperkukuh penyampaian berita berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna buat organisasi itu, lebih-lebih lagi ketika Sinar Harian menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya tahun ini.

“Alhamdulillah, kemenangan Mohd Ridzuan malam ini mengulangi kejayaan tahun lepas. Ini bermakna beliau sudah dua tahun berturut-turut membolot tempat pertama di Anugerah PERKESO.

“Saya berharap kejayaan ini akan memberi semangat kepada lebih ramai wartawan di Sinar Harian untuk terus mencipta kejayaan serta mengharumkan nama organisasi di pelbagai anugerah, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

**media[3707296]**

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kemenangan tersebut cukup bermakna kerana penghasilan setiap laporan khas mempunyai cabaran tersendiri, terutama dari segi penyelidikan, pengumpulan bahan, ketepatan fakta serta kaedah penyampaian isu kepada pembaca.

Menurutnya, idea menghasilkan Lindung 24 Jam tercetus daripada kesedaran bahawa masih ramai pekerja kurang memahami perlindungan keselamatan sosial yang dimiliki, khususnya apabila berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.

Mohd Ridzuan berkata, laporan itu dihasilkan bagi menjelaskan bagaimana perlindungan berkenaan memberi kesan kepada kehidupan sebenar pekerja dan keluarga, memandangkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja.

“Antara cabaran terbesar ialah menterjemahkan maklumat yang agak teknikal kepada bentuk penceritaan yang mudah difahami, selain memastikan setiap data, fakta dan kisah penerima manfaat disampaikan dengan tepat.

“Proses menghasilkan laporan ini turut melibatkan penyusunan pelbagai elemen termasuk wawancara, video, gambar, infografik, peta dan ciri interaktif supaya pembaca bukan sahaja memperoleh maklumat, malah dapat meneroka sendiri kandungan yang disediakan.

“Aspek teknikal turut menjadi cabaran kerana setiap elemen perlu berfungsi dengan baik, terutama apabila laporan diakses menerusi telefon bimbit,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memastikan pengalaman pembacaan lebih lancar dan kandungan tidak terlalu membebankan pengguna.

Ujar Mohd Ridzuan, kekuatan laporan berkenaan bukan hanya terletak pada persembahan multimedia, sebaliknya penggunaan teknologi untuk membantu masyarakat memahami isu penting yang sukar dijelaskan menerusi laporan berita biasa.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan dalam Anugerah Media PERKESO i Lindung 2026 2026 iaitu Anugerah Laporan TV & Video Terbaik, Laporan Media Cetak Terbaik, Laporan Radio & Podcast Terbaik, Laporan Portal Terbaik dan anugerah Foto Terbaik.

Pada majlis itu, pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM5,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000, selain trofi yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved