SinarPlus raikan anniversary ke-6 dengan Iftar Kasih Ramadan, santuni ibu tunggal & anak yatim

4 Mar 2026 • 5:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAMA enam tahun bersama pembaca, portal SinarPlus bukan sekadar berkongsi cerita gaya hidup, tetapi membina hubungan yang dekat di hati masyarakat, daripada kisah inspirasi sehinggalah detik kebersamaan yang menyentuh jiwa.

Bersempena ulang tahun ke-6, platform gaya hidup itu memilih Ramadan sebagai momen paling bermakna untuk meraikan perjalanan tersebut menerusi penganjuran majlis Iftar Kasih Ramadan SinarPlus x Kakatoo, sebuah acara yang menyatukan penghargaan, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.

Sejak diperkenalkan, SinarPlus berkembang daripada sebuah platform inspirasi kepada medium digital yang dinamik, selari dengan perubahan landskap media dan kehendak pembaca masa kini. Fokusnya kekal sama,  menyajikan kandungan segar, relevan serta memberi impak positif kepada masyarakat.

image is not available

Majlis yang berlangsung di restoran Kakatoo, Quill City Mall, Kuala Lumpur itu menghimpunkan kira-kira 60 tetamu untuk berbuka puasa bersama dalam suasana santai dan penuh kemesraan. 

Lebih istimewa, acara tersebut turut menyantuni 10 ibu tunggal serta 20 anak-anak yatim yang diraikan dengan penuh kasih sayang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurus Besar Operasi Sinar Karangkraf, Naquiah Muhamad Noor; Presiden MBMUAA, Datin Rosnawati Salleh serta Ketua Pegawai Eksekutif Kakatoo F&B Malaysia, Joyce Chong.

Bagi SinarPlus, ulang tahun ini membawa makna lebih besar daripada sekadar angka. Ia melambangkan perjalanan berkongsi cerita, menyentuh hati dan menyebarkan sinar kepada masyarakat. 

image is not available

image is not available

Ramadan pula menjadi simbol bahawa kegembiraan sebenar hadir apabila rezeki dan kebahagiaan dikongsi bersama.

Menurut Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin, SinarPlus sentiasa komited memperkukuh peranannya sebagai medium informasi, inspirasi dan hiburan yang dipercayai.

“Seiring arus teknologi dan kehendak pembaca masa kini, kami sentiasa memastikan kandungan yang dihasilkan kekal relevan serta memberi nilai tambah kepada masyarakat.

image is not available

image is not available

“Dalam usaha memperluas capaian dan memperkaya pengalaman pembaca, SinarPlus turut mengalu-alukan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak bagi mencipta lebih banyak inisiatif dan kandungan bernilai untuk komuniti,” katanya.

Majlis berbuka puasa tajaan Kakatoo itu turut diserikan dengan acara memotong kek ulang tahun SinarPlus hasil tajaan Mardhiyah Hotel & Suite Shah Alam sebagai simbol perjalanan enam tahun yang penuh sokongan dan kenangan manis.

image is not available

image is not available

 Sumbangan duit raya

Suasana bertambah ceria apabila anak-anak yatim diberi peluang menonjolkan kreativiti melalui aktiviti mewarna, dengan tiga pemenang menerima hadiah menarik. 

Dalam masa sama, golongan ibu tunggal turut mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam ketupat yang mencetuskan suasana santai serta penuh gelak tawa, menyaksikan dua pemenang dipilih.

image is not available

image is not available

image is not available

Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang, majlis turut menyampaikan sumbangan duit raya serta cenderahati kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal yang hadir. Sementara untuk bag goodies daripada Vimto Mixed Fruit Cordial, campuran unik daripada blackcurrant, raspberry dan anggur sebenar.

image is not available

Lebih daripada sekadar acara berbuka puasa, Iftar Kasih Ramadan ini menjadi refleksi kepada identiti SinarPlus, platform yang bukan sahaja berkongsi cerita, tetapi turut menyemai nilai empati, inspirasi dan kebersamaan dalam masyarakat.

image is not available

image is not available

Selepas enam tahun menyinar, perjalanan ini diteruskan dengan semangat baharu, membawa lebih banyak kisah yang dekat di hati dan relevan dengan kehidupan pembaca hari ini.