KKM KAJI e-MC SELEPAS ISU SIJIL SAKIT PALSU
Kuala Lumpur, 20 Jun 2026: Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital atau e-MC sebagai langkah membendung penyelewengan, pemalsuan dan kecurian identiti pengamal perubatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kesihatan Digital KKM telah diarahkan untuk membuat kajian bagi merealisasikan peralihan sistem cuti sakit kepada platform digital yang lebih selamat.
Menurut beliau, sijil cuti sakit hanya boleh dikeluarkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang merawat pesakit.
Isu ini timbul susulan kes membabitkan lima individu termasuk seorang jururawat di Pekan, Pahang yang direman bagi membantu siasatan penjualan dan pembelian MC yang disyaki tidak sah.
Turut menjadi perhatian ialah dakwaan kewujudan sindiket laman web “Holiday Master” yang aktif memalsukan nama doktor dan klinik swasta sejak 2016.
Kes ini menunjukkan MC bukan sekadar “kertas cuti”.
Ia adalah dokumen perubatan rasmi yang membawa tanggungjawab profesional, rekod klinikal dan implikasi undang-undang.
Public Health Malaysia
#PublicHealthMalaysia
#MCPalsu
#eMC
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





