Sindiket curi lembu tumpas, 10 termasuk dua wanita ada rekod dadah, jenayah ditahan

7 Aug 2026 • 11:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket curi lembu tumpas, 10 termasuk dua wanita ada rekod dadah, jenayah ditahan
Lembu dicuri sekumpulan individu di Kelantan. Gambar kecil: Mohd Yusoff - Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Sindiket curi lembu tumpas, 10 termasuk dua wanita ada rekod dadah, jenayah ditahan
Antara lembu-lembu curi berjaya ditemukan pihak polis. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Kegiatan mencuri lembu yang dipercayai didalangi satu kumpulan di Kelantan ditumpaskan polis susulan penahanan 10 individu termasuk dua wanita beserta penemuan semula 32 ekor lembu curi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 71 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Terengganu.

Menurut beliau, operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

“Semakan rekod mendapati semua suspek mempunyai 55 rekod jenayah serta 24 rekod berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas seorang suspek lelaki pula didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

**media[3607702]**

Beliau berkata, serbuan itu turut merampas lapan telefon bimbit, sebotol kaca berlabel Illium Xylazil-100 dipercayai ubat pelali bersama alat picagari, sebuah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil.

“Kejayaan itu membolehkan polis menyelesaikan 20 kes curi lembu yang dilaporkan di Kelantan membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM96,000,” ujarnya.

Kata beliau, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved