Sindiket guna taktik baharu seludup Rohingya secara 'runcit'

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 7:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket guna taktik baharu seludup Rohingya secara 'runcit'
Mohd Rosli

PUTRAJAYA - Penyeludupan secara 'runcit' melalui negara jiran menjadi taktik terkini sindiket membawa masuk pelarian Rohingya.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sebelum ini modus operandi sindiket ialah membawa masuk etnik ini dalam skala besar terus ke Malaysia melalui laluan laut.

Menurutnya, bagaimanapun selepas penguatkuasaan yang lebih serius dan operasi kerap diadakan bagi menjaga sempadan perairan negara, sindiket sudah mula mengubah modus operandi.

“Antaranya sindiket mengubah modus operandi dengan terlebih dahulu datang ke Thailand dan berada di sana dalam tempoh beberapa waktu sebelum masuk ke Malaysia melalui sempadan darat dan bukan lagi laut.

“Kita ada maklumat mereka kini masuk ke Thailand dalam skala kecil. Bahkan, ada juga yang masuk ke Thailand mengikut laluan sempadan Myanmar-Thailand,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, baru-baru ini dalam kes tangkapan di Pulau Pinang, etnik Rohingya yang ditahan ketika disoal siasat menceritakan kemasukan mereka melalui Thailand.

Tambahnya, ada beberapa faktor mereka tetap cuba masuk ke Malaysia kerana konteks ekonomi Malaysia serta demografi.

"Operasi tetap akan diteruskan bagi mengekang kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved