Sindiket pusat panggilan tumpas, 58 diberkas

28 Oct 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket pusat panggilan tumpas, 58 diberkas

SHAH ALAM – Kegiatan sindiket pusat panggilan yang memperdaya mangsa di Eropah dan Asia Timur sejak tiga bulan lalu terbongkar selepas 58 individu ditahan dalam sembilan operasi di sekitar Selangor.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan selama enam hari bermula 20 Oktober lalu, termasuk lapan warga tempatan yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sindiket tersebut menjadikan kondominium, rumah teres dan hotel sekitar Serdang, Subang Jaya, Ampang Jaya, Sepang, Petaling Jaya, Kajang, Sungai Buloh, Gombak sebagai pusat panggilan mereka.

Menurutnya, sindiket berkenaan menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham, penipuan cinta (love scam) dan tawaran kerja.

“Kesemua suspek berperanan sebagai operator khidmat pelanggan. Hasil semakan mendapati hampir 50 warga asing termasuk lima wanita berasal dari Asia Timur.

“Semakan awal juga mendapati warga asing terbabit memasuki negara ini melalui pintu masuk yang sah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mereka didapati negatif dadah.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kadar upah serta keuntungan yang diperoleh sindiket berkenaan..

“Sepanjang operasi tersebut turut merampas pelbagai peralatan digunakan sindiket antaranya 21 unit komputer, komputer riba (16),
Ipad (2), telefon bimbit (117) dan router (8) serta dua unit pemprosesan pusat (CPU) dianggarkan bernilai RM228,000.

“Kesemua suspek sedang direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket pusat panggilan tumpas, 58 diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved