Sindiket sasar pelantar terbiar tinggalkan bungkusan dadah

10 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sindiket sasar pelantar terbiar tinggalkan bungkusan dadah

KANGAR: Sindiket pengedaran dadah terus dikesan menggunakan taktik tinggal dan kutip bagi menggelakkan kegiatan mereka itu dihidu pihak berkuasa.

Modus operandi tersebut bagaimanapun gagal mengaburi mata penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas agensi itu berjaya merampas dadah jenis kanabis seberat 61.42 kilogram (kg) bernilai RM191,544 dalam dua operasi berbeza di Kuala Perlis.

Pengarah Kastam negeri, Mohamad Furiman Hattar berkata, rampasan terbaru pada 19 Oktober lalu menemui tiga bungkusan guni yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di atas pelantar jeti di Pulau Batu Layang, di sini, sekitar pukul 8.15 malam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas guni-guni tersebut mendapati terdapat 35 ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis yang berat keseluruhannya dianggarkan sebanyak 36.42 kg bernilai RM116,544,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam negeri, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Furiman berkata, taktik sama turut dikesan apabila penguatkuasa JKDM negeri menemukan dua bungkusan guni ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di pelantar terbiar Sungai Kuala Perlis berhampiran Taman Pelangi, di sini, pada Ogos lepas.

Kata beliau, pemeriksaan ke atas guni itu mendapati terdapat satu bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi 25 ketulan mampat disyaki kanabis dengan berat sebanyak 25 kg dianggarkan bernilai RM75,000.

“Sindiket bagi kedua kes ini dikesan meninggalkan bungkusan mengandungi dadah di kawasan pelantar terbiar dan akan dipungut oleh individu lain. Sekiranya terlepas, dadah ini dianggarkan dapat digunakan oleh sekitar 199,000 orang penagih,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

The post Sindiket sasar pelantar terbiar tinggalkan bungkusan dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved