Kondo mewah, kawalan ketat jadi ‘perisai’ sindiket dadah

28 Oct 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kondo mewah, kawalan ketat jadi ‘perisai’ sindiket dadah

KUALA LUMPUR – Menggunakan kondominium mewah dengan kawalan keselamatan ketat serta kerap mengubah lokasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Itu antara modus operandi sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan Polis Diraja Malaysia dalam sembilan siri serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sindiket berkenaan dipercayai menjadikan kediaman eksklusif sebagai lokasi penyimpanan dan pengurusan bekalan dadah bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

“Mereka dipercayai menyewa kondominium mewah dan mempunyai lapisan keselamatan tinggi selain kerap berpindah lokasi supaya kegiatan mereka sukar dikesan.

“Dadah ini dipercayai diedarkan kepada pelanggan di pusat hiburan serta parti persendirian atau private party,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah menerusi sembilan siri serbuan di sekitar Lembah Klang dengan rampasan bernilai RM2.15 juta dalam operasi dari 19 hingga 22 Oktober lalu.

Seramai 23 suspek terdiri daripada 16 lelaki tempatan, seorang wanita tempatan, tiga lelaki warga asing dan tiga wanita warga asing berusia antara 21 hingga 40 tahun ditahan. – KOSMO! ONLINE

The post Kondo mewah, kawalan ketat jadi ‘perisai’ sindiket dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved