Minyak masak subsidi jadi minyak sembahyang

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 10:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Minyak masak subsidi jadi minyak sembahyang

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket menyeleweng minyak masak peket bersubsidi dengan membotolkannya semula sebelum dijual sebagai minyak sembahyang terbongkar dalam empat serbuan di sekitar ibu negara, hari ini.

Operasi menerusi Ops Tiris 4.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur itu membongkar tiga kes saling berkait serta merampas kira-kira sembilan tan minyak masak bernilai RM165,000.

Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, operasi membabitkan empat premis di Sentul dan Chow Kit iaitu dua premis pemborong berlesen dan dua premis tidak berlesen.

“Taktik sindiket ini adalah membeli minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) daripada pembungkus dan pemborong sebelum peket berkenaan dipotong secara manual untuk dibotolkan semula.

“Minyak berkenaan kemudian dibotolkan dalam saiz satu, dua, lima hingga 15 kg dan dijual sebagai minyak sembahyang, sama ada tanpa campuran bahan lain atau dengan sedikit bahan tambahan untuk pasaran peruncit di Lembah Klang,” katanya hari ini.

Mohd. Shahran berkata, sindiket terbabit membeli minyak masak bersubsidi pada harga RM2.45 seliter sebelum menjualnya semula pada harga sekitar RM7.50 seliter.

Katanya, sebuah premis sahaja dipercayai mampu memproses kira-kira 200 botol atau hampir satu tan minyak masak bersubsidi sehari dan dipercayai telah beroperasi secara haram sejak enam bulan lalu.

Dalam operasi itu, beliau berkata, lima individu berusia antara 30 hingga 35 tahun ditahan terdiri daripada tiga warga India, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemandu van.

Menurutnya, dalang utama kegiatan itu disyaki seorang pemborong berlesen yang menguruskan rantaian bekalan serta pengedaran minyak ke semua premis terbabit dan masih dikesan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan label tidak berdaftar. – KOSMO! ONLINE

The post Minyak masak subsidi jadi minyak sembahyang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved