Sindiket ‘vape’ dadah RM10.82 juta tumpas

9 Sep 2026 • 2:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket ‘vape’ dadah RM10.82 juta tumpas

KUALA SELANGOR – Kegiatan sindiket pengedaran dadah dalam katrij vape sejak lima bulan lalu tumpas dengan menerusi lima serbuan Op Melanoplus di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Kesemua serbuan pada 21 Ogos itu berjaya menahan sembilan suspek tempatan termasuk dua wanita berusia 19 hingga 33 tahun selain merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.82 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keseluruhan berat dadah yang dirampas adalah 88.16 kilogram termasuk jenis cecair dan serbuk MDMA, pil ekstasi, bunga ganja, pil erimin5, ganja, methamphetamine serta biskut ganja.

Katanya, siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah dengan mencampurkan dadah termasuk jenis MDMA ke dalam cecair vape.

“Ia kemudian diedarkan kepada pembeli melalui perkhidmatan kurier. Hasil siasatan mendapati sindiket ini aktif sejak April lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, tiga buah kenderaan masing-masing jenis Nissan GTR, Honda City, Proton Exora dan wang tunai RM1,026 serta pelbagai barangan kemas dengan nilai keseluruhan RM356,744 juga disita pihaknya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati lima suspek yang ditahan positif dadah jenis THC dan ketamin selain dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Empat suspek telah dituduh di mahkamah dibawah Seksyen 39B dan 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 28 Ogos dan 3 September lalu.

“Tiga lagi telah diambil tindakan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 manakala dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket ‘vape’ dadah RM10.82 juta tumpas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved