Sinergi Bank Rakyat, Alibaba Cloud dan Lenovo Buka Ruang Kerjasama Strategik — PM Anwar

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 9:03 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Sinergi Bank Rakyat, Alibaba Cloud dan Lenovo Buka Ruang Kerjasama Strategik — PM Anwar

Kerjasama strategik yang terjalin antara Bank Rakyat dengan dua syarikat gergasi teknologi China, iaitu Alibaba Cloud dan Lenovo, dijangka membuka ruang yang lebih luas bagi perkongsian kepakaran, teknologi, serta pengalaman untuk memperkukuh landskap digital negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif tersebut menumpukan kepada usaha memperkasakan keupayaan digital, kecerdasan buatan (AI), serta teknologi kewangan (fintech). Menurut beliau, usaha penerokaan kerjasama ini turut membawa potensi besar yang mempu memberi manfaat langsung kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), gerakan koperasi, serta usahawan tempatan.

“Saya menyambut baik ikhtiar transformasi serta komitmen Bank Rakyat dalam memperkukuh keupayaan digitalnya menerusi usaha meneroka peluang kerjasama yang lebih luas merentasi pelbagai lapangan perniagaan Alibaba, serta mengalu-alukan penglibatan Lenovo sebagai rakan ekosistem dalam Hab Komuniti Fintech Bank Rakyat,” ujar Anwar dalam hantaran media sosial beliau.

Sejurus tiba di Shanghai, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah menyertai sesi libat urus strategik melibatkan pihak pengurusan Bank Rakyat bersama wakil Alibaba Cloud dan Lenovo. Beliau menegaskan bahawa setiap kerjasama yang dibina matlamatnya adalah jelas, iaitu membawa limpahan nilai kepada ekonomi negara, melonjakkan daya saing Malaysia, serta menjamin manfaat bermakna buat rakyat.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved