Singapore Food Authority Kini Membenarkan Penggunaan Serangga Sebagai Bahan Makanan Di Negara Tersebut

TechnologyDigital
11 Jul 2024 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Entomophagy, ataupun sains pemakanan serangga bukanlah sesuatu yang baru. Saban tahun, semakin banyak negara-negara kini dilihat membenarkan penggunaan serangga sebagai bahan makanan yang boleh dimakan bukan sahaja oleh haiwan-haiwan ternakan, tetapi juga manusia.

Singapura merupakan negara terbaru yang kini dilihat membenarkan penggunaan serangga sebagai bahan makanan bukan sahaja oleh haiwan ternakan tetapi juga rakyat negara tersebut. Singapore Food Authority baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membenarkan penggunaan sejumlah jenis serangga sebagai bahan makanan di negara tersebut.

Keputusan ini dibuat selepas melihat sejumlah negara-negara di Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Thailand dan Korea membuat keputusan untuk membenarkan pemakanan serangga-serangga untuk rakyat mereka.

Diantara serangga-serangga yang dibenarkan untuk dimakan oleh pihak SFA termasuklah belalang, belalang juta, mealworm, cengkerik dan sebagainya. Untuk pihak SFA, mereka mengatakan bahawa mereka menguji serangga-serangga untuk memastikan bahawa mereka tidak mengeluarkan gas ataupun bahan beracun apabila dimasak untuk mengelakkan isu keracunan terhadap manusia dan juga haiwan ternakan.

Pihak SFA mengatakan bahawa mereka akan mengemaskini senarai serangga yang selamat untuk dimakan dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved