Singgah Syawal: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan disantuni, terima juadah Aidilfitri

LocalPolitics
20 Mar 2026 • 10:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Singgah Syawal: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan disantuni, terima juadah Aidilfitri

KLANG, 20 MAC: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan menerima sumbangan juadah Aidilfitri sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka yang tetap bertugas pada pagi Syawal.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program Singgah Syawal itu melibatkan lawatan ke enam agensi utama termasuk sektor kesihatan, keselamatan dan perkhidmatan utiliti.

“Program ini sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan yang terus berkhidmat walaupun dalam suasana perayaan.

"Mereka memainkan peranan penting memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, persinggahan kelima dalam siri program semalam.

Image from: Singgah Syawal: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan disantuni, terima juadah Aidilfitri
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas hospital ketika majlis Singgah Syawal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 19 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Selain Hospital Tengku Ampuan Rahimah, beliau turut menyantuni petugas KDEB ICI Sdn Bhd, Penjara Sungai Buloh dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, sambil menyampaikan juadah Aidilfitri seperti lemang dan rendang.

Amirudin turut memaklumkan bahawa sebahagian besar petugas berkhidmat sepanjang minggu pertama Aidilfitri, termasuk di jabatan kritikal seperti kawalan sempadan dan Bomba, yang memerlukan tahap kesiapsiagaan tinggi.

“Pengorbanan mereka amat besar kerana terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan negara,” tambahnya.

Image from: Singgah Syawal: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan disantuni, terima juadah Aidilfitri
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan anggota Penjara Sungai Buloh ketika hadir Program MB Singgah Syawal di Penjara Sungai Buloh pada 19 Mac 2026. Foto Facebook Amirudin Shari
Image from: Singgah Syawal: Lebih 1,000 petugas barisan hadapan disantuni, terima juadah Aidilfitri
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam Program Mb Singgah Syawal di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam pada 19 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

View Original Article