‘Sinkhole’ Di Lebuhraya KLK Mungkin Berpunca Dari Pembinaan Terowong ECRL – Menteri Kerja Raya

26 Jul 2023 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam tular satu kejadian mendapan tanah (sinkhole) yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang menyebabkan laluan tersebut terpaksa ditutup.

Dalam siaran media ANIH Berhad, kejadian itu terjadi berhampiran Plaza Tol Bentong dan pengguna dicadangkan untuk menggunakan Central Spine Road (CSR).

Selain itu, dalam siaran media yang sama pihak ANIH berkata, punca sebenar insiden mendapan tanah itu masih dalam siasatan.

Pun begitu, menerusi Twitter miliknya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata insiden itu berkemungkinan berpunca daripada kerja-kerja Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan mendedahkan kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL dijalankan di kawasan itu.

“Kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di Km 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur.

Siasatan awal mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL merentasi lebuh raya di lokasi terlibat.” tulisnya.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada 8.34 malam itu tidak melibatkan sebarang kejadian tidak diingini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.