Siri Google Pixel 9 Kini Menyokong Apple AirDrop

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 8:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam kemas kini diberikan kepada Google Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL, dan Pixel 9 Pro Fold yang membolehkan ia menghantar fail kepada iPhone, iPad dan Mac menggunakan protokol Apple Air Drop. Ini dilakukan menerusi pilihan Quick Share dalam peranti. Pada waktu yang masa siri Pixel 9 boleh menerima fail dihantar daripada peranti Apple menggunakan AirDrop.

image is not available

Ciri ini diberikan hanya kepada siri Pixel 10 pada November tahun lalu dengan Google mengesahkan ia akan turut ditawarkan kepada semua peranti Android tahun ini. Aneh sekali Pixel 9a tidak disokong dengan Google tidak memberikan sebab mengapa. Kemas kini akan diberikan kepada semua peranti Pixel 9 (kecuali 9a) secara berperingkat sejak semalam.