Siri Honor Magic9 Bakal Ke Pasaran Global Pada Januari 2027

TechnologyDigital
5 Oct 2026 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas pelancaran di China, Honor kini mengumumkan siri terbaharu mereka, Honor Magic9 akan memasuki pasaran global sekitar Januari 2027. Telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk elegan, kemasan premium dan kamera canggih hasil kerjasama dengan ARRI.

Image from: Siri Honor Magic9 Bakal Ke Pasaran Global Pada Januari 2027

Honor menegaskan bahawa siri baharu ini bukan sekadar telefon pintar tetapi peranti moden dengan cip berkuasa baharu dan kamera bertaraf profesional. Pelancaran global kelak dijangka mengukuhkan kedudukan Honor dalam industri serta memberi pilihan baharu kepada pengguna yang mahukan gabungan prestasi hebat, gaya premium dan inovasi terkini dalam satu peranti.

Image from: Siri Honor Magic9 Bakal Ke Pasaran Global Pada Januari 2027

Buat masa ini, Honor hanya membuka pendaftaran minat untuk pengguna yang mahu mendapatkan maklumat awal serta promosi pelancaran. Tarikh kemasukan ke Malaysia masih belum diumumkan. Spesifikasi model global juga belum dipastikan sama ada akan sama seperti model di China atau berbeza. Nantikan kemas kini rasmi daripada Honor untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved