Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

LocalTechnology
24 Aug 2026 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

Honor hari ini melancarkan dua tablet baharu di Malaysia melalui siri Pad 20 iaitu Honor Pad 20 Pro dan Honor Pad 20. Menariknya, ini merupakan kali pertama versi Pro diperkenalkan dalam barisan tablet siri Pad selepas sebelum ini hanya ditawarkan pada siri MagicPad.

Image from: Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

Honor Pad 20 Pro hadir dengan skrin Paperlike 12.1 inci beresolusi 3K yang menyokong kadar segar semula 165Hz, kecerahan maksimum 700 nits serta gamut warna DCI-P3. Paparan ini turut dilengkapi teknologi Eye Comfort dengan perlindungan mata AI Defocus dan pensijilan TÜV Rheinland. Rekaannya setebal 6.29mm dengan berat sekitar 537g.

Image from: Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

Tablet ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan sokongan PC Mode untuk pengalaman ala PC termasuk antaramuka desktop, tetingkap berbilang serta sambungan tetikus dan papan kekunci. Ia turut hadir dengan ciri AI seperti AI Memo, AI Writing Tools dan AI Translation. Melengkapinya ialah bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 66W serta sistem audio enam pembesar suara dengan teknologi HONOR Spatial Audio dan DTS:X Ultra.

Image from: Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

Sementara itu, Honor Pad 20 mengekalkan sebahagian besar perkakasan sama termasuk skrin 12.1 inci, fungsi AI terbina dan bateri 10,100mAh. Namun, ia hanya menyokong kadar segar semula 120Hz serta menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3.

Image from: Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999
Image from: Siri Honor Pad 20 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1999

Kedua-dua model ditawarkan dalam warna kelabu dengan harga bermula RM1,999 untuk Pad 20 (WiFi) dan RM2,299 untuk Pad 20 (5G). Sementara itu, Pad 20 Pro dijual pada harga RM2,499 (WiFi). Menariknya, pelajar layak menerima diskaun 15% untuk setiap pembelian tablet ini sekali gus menjadikan harga lebih rendah berbanding jualan biasa.

Sumber – HONOR Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved