OnePlus Watch 4 Dilancarkan Dengan Wear OS 6

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus telah melancarkan Watch 4 secara senyap di laman web rasminya. Jam pintar baharu ini hadir dengan Wear OS 6 bersama beberapa ciri lain yang diperbaharui.

image is not available

OnePlus Watch 4 hadir dengan kerangka aloi titanium dan berat sekitar 43gram tanpa tali. Ini dipadankan dengan paparan LTPO OLED flexible display beresolusi 466 × 466 piksel dengan ketumpatan 310 ppi serta perlindungan kaca Sapphire Crystal. Tahap kecerahan maksimum ialah 600 nits, manakala dalam mod sukan di bawah cahaya matahari terik, ia boleh mencapai sehingga 3,000 nits.

image is not available

OnePlus Watch 4 turut hadir dengan pemproses Snapdragon W5 dan cip bersama BES 2800, sama seperti yang digunakan pada Watch 2 dan Watch 3 sebelum ini. Jam ini juga dilengkapi 2GB RAM serta 32GB storan dalaman, manakala bateri berkapasiti 646mAh mampu bertahan sehingga 16 hari dalam mod penjimatan kuasa.

image is not available

Selain itu, ia menawarkan ciri tambahan penting seperti Bluetooth 5.2, GNSS L1+L5, Wi-Fi 2.4GHz/5GHz serta NFC untuk pembayaran melalui Google Wallet namun tidak menyokong eSIM. Dari segi ketahanan, jam ini hadir dengan pensijilan 5ATM/IP69/IP68 dan MIL-STD-810H menjadikannya cukup lasak untuk pelbagai keadaan.

OnePlus Watch 4 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Evergreen Titanium dan Midnight Titanium. Namun begitu, harga dan tarikh ketersediaannya masih belum diumumkan maka kita perlu menunggu pengumuman penuh daripada OnePlus dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved