Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Watch GT 7 dan Watch GT 7 Pro dilancarkan di China sebagai kesinambungan siri GT 6. Kedua-duanya hadir dengan reka bentuk lebih moden, paparan lebih terang, serta ciri kesihatan yang dipertingkatkan berbanding generasi sebelumnya.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Huawei Watch GT 7 hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 46 mm dengan skrin AMOLED 1.47 inci (466 × 466 piksel, PPI 317, kecerahan 3000 nits) dan 41 mm dengan AMOLED 1.32 inci (466 × 466 piksel, PPI 352, kecerahan 3000 nits). Bahagian hadapannya diperbuat daripada keluli tahan karat, manakala bahagian belakang menggunakan komposit gentian berprestasi tinggi. Pilihan tali pula termasuk getah tahan lasak pelbagai warna serta kulit vegan komposit.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Jam ini dilengkapi dengan pelbagai sensor termasuk optikal kadar denyutan jantung, suhu, barometer, giroskop dan magnetik. Ia serasi dengan HarmonyOS 2.0, Android 9.0 dan iOS 13.0, menjadikannya mudah digunakan merentas platform. Dari segi aktiviti, ia menyokong lebih 110 mod sukan seperti berbasikal, larian denai dan badminton. Untuk kesihatan, ia menawarkan fungsi TruSleep 5.0, HRV, pemantauan emosi, kesihatan wanita, jantung, gula darah serta altitud tinggi.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Perlindungan diberikan melalui penarafan 5 ATM dan IP69, sesuai untuk berenang cetek tetapi tidak untuk sauna atau menyelam. Dari segi bateri, model 46 mm mampu bertahan sehingga 21 hari penggunaan ringan atau 51 jam dalam mod larian denai, manakala model 41 mm menawarkan sehingga 14 hari penggunaan ringan atau 32 jam dalam mod sama.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Huawei Watch GT 7 Pro pula menggunakan gabungan aloi titanium dan seramik berteknologi nano dengan kaca Sapphire 1.47 inci yang mampu mencapai kecerahan puncak 3000 nits. Ia menyokong lebih 110 mod sukan termasuk ski, berbasikal, larian denai dan golf, serta dilengkapi sistem Sunflower positioning bersama AI-XDR untuk GPS yang lebih tepat.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Di samping fungsi sukan, jam ini turut menawarkan ciri-ciri kesihatan seperti analisis ECG, kajian penyakit jantung koronari, pemantauan HRV, tidur, emosi dan glukosa darah. Perlindungan pula hadir dengan penarafan 5 ATM dan IP69 yang membolehkan aktiviti menyelam bebas sehingga 40-meter mengikut standard EN13319.

Image from: Siri Huawei Watch GT 7 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari

Dari segi bateri, Watch GT 7 Pro mampu bertahan sehingga 21 hari penggunaan ringan, 12 hari penggunaan biasa, 7 hari dengan AOD aktif, dan 51 jam dalam mod larian denai. Ia juga serasi dengan HarmonyOS, Android dan iOS, serta menyokong fungsi pintar seperti pembayaran Alipay, kunci kereta StarFlash, panggilan Bluetooth dan rakaman suara.

Sumber – HUAWEI WATCH GT 7

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved