AMD Melancarkan Dua Cip APU Baru Tanpa Komponen NPU Terbina

TechnologyDigital
10 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD Melancarkan Dua Cip APU Baru Tanpa Komponen NPU Terbina

AMD baru-baru ini telah memperlihatkan dua model cip pemprosesan APU “Gorgon Point” baru mereka, yang dinamakan AMD Ryzen 7 449 dan AMD Ryzen 5 439 yang nampaknya tidak mempunyai komponen NPU ataupun cip pemprosesan AI terbina didalamnya.

Bermula dengan AMD Ryzen 5 439, cip pemprosesan ini hadir dengan gabungan teras 3+3 Zen 5 dan Zen 5c yang diperlihatkan pada model cip AMD Ryzen AI 5 Pro 440 dengan kelajuan Boost Clock 4.6GHz. Jumlah cache memori L3 juga telah dikurangkan pada 8MB. Dari segi kemampuan grafik, cip pemprosesan ini dimuatkan dengan cip AMD Radeon 840M.

Untuk cip pemprosesan AMD Ryzen 7 449 pula, cip pemprosesan ini tampil dengan jumlah gabungan teras 4+4 Zen 5 dan Zen 5c sama seperti AMD Ryzen AI 7 Pro 450 dengan kelajuan Boost Clock setinggi  5.0 GHz dengan memori L3 cache sebanyak 16MB. Untuk komponen grafik pula, cip ini dimuatkan dengan cip AMD Radeon 860M yang cukup berkuasa untuk menggerakkan banyak permainan moden.

Ia cukup menarik bahawa AMD telah mula memperkenalkan cip pemprosesan komputer pengguna tanpa sokongan AI terbina, khususnya apabila sistem operasi seperti Microsoft Windows 11 kini memerlukan sokongan AI TOPS sebagai sokongan wajib untuk menggunakan sistem operasi tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah jenis komputer riba yang akan memanfaatkan dua cip pemprosesan ini. Jangkaannya ia adalah untuk komputer riba nipis dan ringan yang lebih mementingkan prestasi perkomputeran berbanding dengan kemampuan AI.

Sumber: AMD 1, 2

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved