Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Digital
11 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Oppo kini kembali dengan model terbaru iaitu siri A7 Pro yang akan datang ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini. Seperti biasa, peranti-peranti dari Oppo semestinya akan hadir dengan rekaan yang terbaru dan menarik. Kali ini Oppo akan bawakan dua model terbaru iaitu A7 Pro dan A7 Pro Max. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat mengenai rekaan yang ada pada siri Oppo A7 Pro ini dan spesifikasi selanjutnya akan dikongsikan dalam ulasan akan datang. 

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Siri Oppo A7 Pro kali ini ditujukan untuk mereka yang memerlukan peranti yang tahan lasak yang tidak ada kompromi dari segi kelancaran peranti dan juga untuk mereka yang mahukan peranti yang lebih bergaya dalam kegunaan seharian mereka.

Rekaan

Untuk OPPO A7 Pro ia hadir dengan rekaan yang kelihatan lebih segar dan premium melalui rekaan modul kamera terbaru yang nampak premium seakan peranti mercu. Ia turut menggunakan bingkai plastik dengan kemasan yang lebih premium serta kalis  kesan cap jari. Untuk pilihan warna, Oppo A7 Pro mempunyai dua pilihan warna iaitu Shine Titanium dan Surfing Blue.

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Warna Shine Titanium kelihatan lebih minima dan premium yang mudah untuk padankan dengan apa sahaja yang anda gayakan. Sementara warna, Surfing Blue mempunyai rekaan ombak pada panel belakang yang kelihatan lebih cantik apabila bermain dengan sudut cahaya yang berbeza. Rekaan berombak ini memberikan gambaran kebebasan kepada pengguna mereka untuk menggunakan peranti ini dalam apa-apa keadaan.

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Oppo A7 Pro Max menggunakan pendekatan rekaan yang sama seperti model Pro namun sedikit berbeza pada modul kameranya. Ia menggunakan bar kamera yang kelihatan seperti senyuman dan dapat berikan keselesaan yang baik apabila memegang peranti. Ia juga terdapat Multi-Color Breathing Light yang boleh digunakan untuk notifikasi dan sebagainya. 

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Pilihan warna yang diberikan adalah Lunar Black yang nampak lebih mudah dan minima. Warna Surfing Blue juga ditawarkan untuk model ini untuk memberikan gaya yang lebih lain dari yang lain. Dari segi ketahanan, kedua-dua model datang dengan penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K. Jadi peranti ini agak tahan lasak untuk penggunaan yang ekstrem dan kasar. Skrin pada kedua model ini juga datang dengan pelbagai kawalan sentuhan untuk digunakan dalam keadaan seperti ribut hujan dan ketika anda menggunakan sarung tangan.

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Kedudukan butang pada kedua model juga masih sama seperti kebanyakan peranti Oppo sebelum ini. Butang kuasa dan kawalan audio di sebelah kanan, manakala bahagian kiri kosong. Di atas terdapat mikrofon, sementara di bawah pula terletak port USB-C, ruang SIM dan pembesar suara. Hanya pada model Pro Max sahaja yang mempunyai pemancar inframerah yang diletakkan di bahagian belakang. 

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Ciri lain yang siri Oppo A7 Pro ini datang adalah 50MP Ultra-Wide AI Zoom Selfie dengan keluasan sehingga 0.6x. Ciri ini sangat berguna untuk mengambil swafoto dengan ramai orang sekaligus kerana memberikan sudut yang sangat luas untuk memuatkan semua orang. Sebelum ini, ciri ini hanya terdapat pada siri Reno namun kali ini untuk siri A7 Pro juga sudah dapat ciri yang sama. 

Image from: Siri Oppo A7 Pro – Tampil Dengan Rekaan Lebih Segar Dengan Kamera Swatofo Terbaru

Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai aspek reka bentuk dan kamera swafoto terbaru pada siri Oppo A7 Pro. Butiran penuh termasuk harga jualan akan diumumkan kemudian. Untuk spesifikasi yang lebih lanjut, nantikan ulasan penuh yang akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved