Siri pengeboman selatan Thailand: PDRM tingkat kawalan sempadan

24 Aug 2026 • 5:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Siri pengeboman selatan Thailand: PDRM tingkat kawalan sempadan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand susulan siri letupan dan serangan yang melanda Yala, Pattani, serta Narathiwat di Selatan Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan penempatan anggota Briged Tenggara dan Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diperketat.

Langkah itu turut melibatkan peningkatan rondaan di sepanjang pagar sempadan, laluan Sungai Golok, serta lokasi-lokasi yang berpotensi digunakan oleh penceroboh.

“JKDNKA memberi jaminan kawalan sempadan negara kekal berada pada tahap terkawal,” katanya memetik laporan Bernama.

Meskipun berlaku pergolakan di negara jiran, JKDNKA memberi jaminan bahawa pintu masuk dan kawasan sempadan negara kekal berada pada tahap yang terkawal.

PDRM juga memperkukuh pendekatan pencegahan, pengesanan awal, serta tindak balas pantas melalui kerjasama risikan dan perkongsian maklumat bersama agensi keselamatan Thailand.

Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan rakyat Malaysia terjejas atau menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok serta Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

Rakyat Malaysia yang menetap, berada, atau merancang perjalanan ke wilayah berkenaan dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang pergerakan yang tidak mustahak, sentiasa berwaspada, dan mematuhi perintah berkurung jika dikuatkuasakan.

"Mereka juga perlu mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand, termasuk perintah berkurung sekiranya dikuatkuasakan, selain mendaftar dan mengemas kini maklumat melalui portal e-Konsular bagi memudahkan urusan mendapatkan bantuan konsular ketika kecemasan,” kata Mohd Yusri.

Pihak keselamatan turut menggesa rakyat Malaysia di sana supaya mendaftar serta mengemas kini maklumat menerusi portal e-Konsular bagi memudahkan saluran bantuan kecemasan.

Sebelum ini, wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung dari jam 10.15 malam Sabtu hingga 5 pagi Ahad berikutan lebih 50 insiden pengeboman dan pembakaran premis kerajaan tempatan.

Dentuman kuat daripada serangan itu turut dirasai penduduk di kawasan sempadan tanah air seperti Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang di Rantau Panjang. - 24 Ogos, 2026

The post Siri pengeboman selatan Thailand: PDRM tingkat kawalan sempadan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved