Siri Peranti Pintar Gaming ASUS ROG Phone 9 Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Pada 10 Disember Ini

TechnologyDigital
22 Nov 2024 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal minggu ini, ASUS telah memperkenalkan siri peranti pintar gaming terbaru mereka, ASUS ROG Phone 9 yang terdiri daripada tiga model, iaitu ASUS ROG Phone 9, ASUS ROG Phone 9 Pro dan ASUS ROG Phone 9 Pro Edition.

image is not available

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite terbaru dan paling berkuasa, dan memperlihatkan sejumlah penambahbaikan dan kemaskini kepada rekaan dan juga ciri-ciri peranti untuk menjadikannya peranti gaming terbaik di pasaran.

image is not available

Sebelum ini, kami juga telah melaporkan bahawa ASUS Malaysia akan membawa masuk siri peranti ASUS ROG Phone 9 ini ke pasaran tempatan, dan baru-baru ini, mereka juga telah mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 10 Disember 2024 ini.

Jangkaan kami ialah ketiga-tiga model ASUS ROG Phone 9 ini akan memasuki pasaran tempatan, dan rata-rata akan hadir dengan tanda harga premium juga. Setakat ini, ia tidak diketahui lagi apakah harga jualan untuk siri peranti ROG Phone 9 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved