Siri Realme 11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 20 Julai Ini

TechnologyDigital
10 Jul 2023 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme telah pun melancarkan realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ di pasaran global pada bulan lepas selepas sebulan dilancarkan di China. Hari ini akhirnya kami boleh mendedahkan kepada anda yang realme Malaysia turut akan melancarkan siri realme 11 Pro di Malaysia.

image is not available

Hanya dua peranti yang disahkan iaitu realme 11 Pro dan realme 11 Pro+. Tarikh pelancaran adalah pada 20 Julai akan datang. Buat masa ini apa yang kami tahu adalah realme 11 Pro akan hadir dengan kamera 100MP, sementara 11 Pro+ dengan kamera 200MP.

image is not available

Spesifikasi lain masih tidak disahkan lagi adalah versi global sama dengan apa yang akan dilancarkan di China. Misalnya di India, realme 11 Pro dan 11 Pro+ hadir dengan skrin 6.7″AMOLED 120Hz, dijana Dimensity 7050, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas mencapai 100W SuperVOOC, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Kedua-dua peranti menyokong speaker stereo Dolby Atmos, menyokong 5G SA dan ditawarkan dalam pilihan warna Sunrise Beige atau Oasis Green.