Siri Realme 14 Dan Realme 15 Menerima Sokongan Kemaskini 3+4 Tahun

Digital
11 Aug 2025 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah mengumumkan bahawa lima model terbaharu mereka iaitu realme 14 Pro+, realme 14 Pro, realme 14T, realme 15 Pro dan realme 15 akan menerima tiga tahun kemas kini sistem operasi dan empat tahun kemas kini keselamatan.

image is not available

Inisiatif ini turut diperluaskan kepada semua peranti akan datang dalam siri nombor ‘Pro’ dan ‘T’ lantas menjadikannya sebagai standard baharu sokongan perisian bagi barisan produk Realme.

Langkah ini mencerminkan komitmen Realme dalam menyediakan pengalaman pengguna yang lebih selamat, stabil, dan relevan.

image is not available
Realme 14 Pro 5G

Dalam perkembangan lain, Realme turut memberi bayangan mengenai pelancaran Siri P baharu yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Peranti baharu ini bakal memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi untuk segmen kelas pertengahan lantas mengukuhkan kedudukan Realme sebagai jenama yang sentiasa berkembang dan berinovasi.