Pelancaran rasmi siri realme 16 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 6 April 2026 sekali gus menambah pilihan baharu dalam siri nombor mereka. Peranti masih menekankan kegunaan harian dengan sokongan kamera lebih baik manakala semakan mendapati sebahagian besar spesifikasi telah disenaraikan di laman Shopee realme Malaysia.

Realme 16 Pro+ akan ditawarkan dalam dua warna iaitu emas dan hitam, dipadankan dengan kamera utama 200MP LumoColor serta kamera telefoto potret 3.5X. Ia dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 dan disertakan bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Selain itu, peranti ini menyokong ciri AI seperti AI Instant Clip untuk rakaman video sekali sentuh serta Vibe Master Mode. Selain itu, ia memiliki penarafan kalis air IP68/69 dengan ketebalan hanya 8.49mm menjadikannya lebih tahan lasak namun tetap nipis.

Sementara itu, Realme 16 Pro hadir dengan tubuh berkotak rata di bahagian depan dan belakang bersama sisi melengkung. Ini berbeza daripada versi Pro+ yang menampilkan rekaan melengkung sepenuhnya. Ia dilengkapi kamera utama 200MP LumoColor dan swafoto 50MP dengan sokongan AI Instant Clip untuk rakaman video sekali sentuh. Peranti ini dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 7300-Max serta bateri besar 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W sesuai untuk kegunaan harian yang berpanjangan.

Butiran penuh mengenai peranti hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasmi kelak bersama harga jualan yang menurut realme dijangka berada di bawah RM2500.


![[LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)
