
Siri REDMI Note kini mencatat lebih 460 juta pengguna di seluruh dunia sekali gus menegaskan bahawa setiap pilihan pengguna amat bermakna dalam perkembangan jenama tersebut. Perkara ini didedahkan oleh REDMI melalui kemas kini terbaharu di media sosial yang turut dijadikan sebagai sebahagian daripada perancangan untuk kehadiran peranti baharu siri REDMI Note 15 di Malaysia.

Untuk makluman, Xiaomi kini sedang dalam persediaan memperkenalkan siri REDMI Note 15 di pasaran tempatan dengan pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 15 Januari 2026. Maklumat lanjut mengenai spesifikasi serta ciri peranti hanya akan diumumkan selepas tarikh pelancaran berkenaan. Selain itu, langkah ini dijangka boleh terus bantu mengukuhkan kedudukan Xiaomi sebagai salah satu pengeluar telefon pintar yang sentiasa menawarkan nilai terbaik kepada para pengguna setia.


