Ciri Menghalang Pemasangan APK Boleh Dimatikan Pada Galaxy S25 Semasa Peranti Diaktifkan Pertama Kali

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, Samsung mula memperkenalkan ciri Auto Blocker yang menghalang pemasangan APK secara muat sisi pada peranti yang menggunakan One UI 6.1.1 seperti siri Galaxy S25, Z Fold6 dan Z Flip6. Ia menerima kritikan pemilik kerana diaktifkan secara lalai selepas peranti dikemaskini. Akibatnya pengguna tidak lagi boleh memasang aplikasi di luar Play Store dan Galaxy Store. Tetapi pada siri Galaxy S25, ciri ini boleh dimatikan terus semasa peranti diaktifkan buat pertama kali.

image is not available

Sejurus selepas pengguna melakukan proses mengembalikan semula tetapan peranti lama pada siri Galaxy S25, mereka akan diberikan pilihan untuk mematikan ciri Auto Blocker, Customistaion Service dan Personal data Intelligence.

One UI 7 turut memaparkan maklumat terperinci apakah yang berlaku sekiranya ketiga-tiga ciri ini tidak diaktifkan secara lalai oleh pengguna. Antara risiko ialah peranti tidak dapat menghalang imej yang mengandungi perisian hasad dan umum diketahui pemasangan aplikasi sisi menggunakan APK mendedahkan pemilik kepada aplikasi yang boleh mencuri data peribadi oleh golongan scammer atas talian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved