
Menonton kandungan di kawasan terbuka akan membuatkan skrin boleh dibaca oleh orang yang duduk berhampiran. Jika anda tidak mahu gambar, emel, video atau dokumen yang sedang dibaca dilihat oleh orang berhampiran, siri Samsung Galaxy S26 akan dilengkapi ciri baharu Privacy Display.

Ciri Privacy Display sedang diuji pada One UI 8.5 dan menerusi tetapan yang disertakan, ia akan menyukarkan skrin dilihat dari sudut pandangan sisi, atas dan bawah. Ia boleh diaktifkan secara manual daripada tetapan pantas atau secara automatik mengikut lokasi seperti pejabat atau di luar rumah. Dengan ciri ini pemilik siri Galaxy S26 tidak perlu membeli pelindung skrin polaroid yang menghalang kandungan skrin dilihat melainkan terus dari hadapan.
Terdapat ura-ura untuk menggunakan Privacy Display, panel OLED baharu Samsung diperlukan maka ciri ini hanya ditawarkan pada siri Galaxy S26 sahaja terlebih dahulu. Sejauh manakah keberkesanan ciri ini hanya akan diketahui selepas peranti dijual sekitar bulan Mac depan.


