Siri Samsung Galaxy S26 Mula Menyokong Apple AirDrop Hari Ini

TechnologyDigital
23 Mar 2026 • 8:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung mengumumkan Samsung Galaxy S26 Ultra, Samsung Galaxy S26+ dan Samsung Galaxy S26 akan mula menyokong penghantaran fail ke peranti Apple menggunakan protokol AirDrop bermula hari ini.

Kemas kini sistem bagi membolehkan penghantaran fail rentas platform mula diberikan pada peranti di pasaran Korea hari ini sebelum dikembangkan pula ke Asia Tenggara, Eropah, Hong Kong, Jepun, America Latin, America Utara, dan Taiwan. Ciri ini diberikan oleh Google hanya pada siri Pixel 10 sahaja terlebih dahulu tahun lalu dengan mereka mengesahkan ia bakal diterima semua peranti Android menjelang penghujung 2026.

image is not available

Semasa artikel ditulis, kemas kini masih belum diterima peranti Galaxy S26 di Malaysia. Kemas kini diberikan oleh Samsung menerusi tetapan Software Update pada peranti. Selepas diterima, pemilik hanya perlu mengaktifkan ciri penghantaran fail ke peranti Apple menerusi tetapan Quick Share peranti seperti imej di atas.

Penghantaran fail ke iPhone, iPad dan peranti macOS boleh dilakukan dengan memilih Quick Share. Menu Quick Share akan dapat melihat peranti Apple berdekatan dan fail kemudiannya dihantar menggunakan protokol AirDrop. Kamu akan mengemaskini artikel sejurus selepas siri Galaxy S26 menerima kemas kini ini.