Xiaomi Umum Akan Melabur Berpuluh Bilion Ringgit Pada Kecerdasan Buatan

TechnologyBusiness & Finance
20 Mar 2026 • 5:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi hari ini berkongsi menyatakan akan melabur sekurang-kurangnya 60 bilion Yuan (~RM34 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang ini, khusus untuk pembangunan melibatkan kecerdasan buatan. Selain dalam arena ini, Xiaomi sedia melabur tinggi untuk penghasilan peranti elektronik serta mudah-alih, dan juga pembangunan kenderaan elektrik.

Pada hari ini, Xiaomi sedia membangunkan model kecerdasan buatan janaan mereka tersendiri, dan model bahasa raya paling terbaru ditawarkan mereka adalah MiMo-V2-Pro.

image is not available

Dengan pelaburan dan fokus terhadap kecerdasan buatan ini, Xiaomi dijangka akan lebih mempergiatkan pembangunan serta penawaran produk mereka kepada pengguna awam. Kita juga mungkin melihat integrasi dan penawaran model AI mereka secara terbina pada peranti mahupun kenderaan mereka pada masa akan datang.

Untuk makluman, pasaran kecerdasan buatan di China agak sengit, dan bergerak lebih pantas berbanding di Amerika Syarikat. Kebelakangan ini, mereka turut telah membangunkan AI berejen, serta menawarkan alternatif kepada OpenClaw kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved