Siri Vivo X300 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Perisian Selama 5+7 Tahun

TechnologyDigital
31 Oct 2025 • 5:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan pelancaran siri Vivo X300 ke pasaran global, timbul persoalan mengenai tempoh perisian yang akan ditawarkan. Vivo mengesahkan bahawa peranti mercu terbaharu mereka akan menerima lima versi Android dan tampalan keselamatan selama tujuh tahun yang menandakan komitmen jangka panjang terhadap pengalaman pengguna dan keselamatan peranti.

image is not available

Namun begitu, sokongan ini masih belum setanding dengan Samsung dan Google yang telah sedia menawarkan sehingga tujuh versi Android dan tujuh tahun tampalan keselamatan untuk peranti mercu mereka. Sokongan jangka panjang itu juga setara dengan apa yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone yang menjadikan mereka antara yang cukup baik dalam industri.

image is not available

Perisian jangka panjang ini memberi nilai tambah terutamanya bagi pengguna yang mahu menggunakan peranti untuk tempoh lama. Ia juga menjadikan peranti lebih relevan dan tahan lama sesuai untuk mereka yang mementingkan pelaburan jangka panjang.

Namun, bagi pengguna yang gemar menukar peranti, sokongan jangka panjang sebegini mungkin bukan keutamaan utama. Mereka lebih tertarik kepada spesifikasi terkini atau reka bentuk baharu berbanding kemas kini perisian.