Siri T dari Xiaomi merupakan salah satu model yang agak terkenal dengan prestasinya dan tidak lupa kebolehan sistem kameranya dengan gabungan teknologi Leica. Siri Xiaomi 15T sudah rasmi di pasaran Malaysia dengan penawaran yang serba baharu dan lebih menarik untuk pengguna serta peminatnya.

Siri Xiaomi 15T ini menggunakan skrin yang hampir sama. Ia menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.83” dengan resolusi 1.5K yang menyokong HDR10+ serta Dolby Vision untuk paparan yang lebih imersif. Tahap kecerahan juga mampu mencapai sehingga 3200nits. Bezel pada skrin kali ini 27% lebih nipis berbanding model terdahulu. Perkara yang berbeza adalah kadar segar semula sahaja, dimana Xiaomi 15T Pro menyokong sehingga 144Hz manakala Xiaomi 15T menyokong sehingga 120Hz.

Xiaomi 15T Pro kini menggunakan tetapan kamera serba baharu yang lebih menarik. Ia dilengkapi dengan lensa utama 50MP Light Fusion 900, lensa telefoto 50MP yang menggunakan zum optikal 5X, lensa ultra-lebar 12 MP serta swafoto 32MP. Xiaomi 15T Pro menyokong rakaman sehingga 8K30FPS dan video LOG 10-Bit untuk anda yang mahu menyunting dengan lebih kreatif pada 4K30FPS.

Dari segi prestasi dalaman, Xiaomi 15T Pro dijana oleh cip Mediatek Dimensity 9400+ yang digabung dengan 12GB RAM LPDDR5X dan juga storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Ia turut menjalankan sistem operasi HyperOS 3 yang menawarkan pelbagai ciri dan antaramuka terbaru.

Sistem kamera pada Xiaomi 15T pula menggunakan lensa utama 50MP Light Fusion 800, lensa telefoto 50MP dengan zum optikal 2X, lensa ultra lebar 12MP dan swafoto 32MP. Ia juga turut menyokong rakaman sehingga 4K60FPS, mempunyai mod rakaman dalam format LOG dan gambar dalam format RAW.

Xiaomi 15T menggunakan Mediatek Dimensity 8400 Ultra sebagai cip pemproses bersama dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Sistem operasi HyperOS 3 yang penuh dengan pelbagai ciri AI menarik.

Kedua-dua model menggunakan kapasiti bateri sebesar 5500mAh dengan sistem pengecasan yang berbeza. Xiaomi 15T Pro boleh mengecas dengan kelajuan 90W Hypercharge dan menyokong pengecasan nirwayar 50W manakala Xiaomi 15T menggunakan 67W Hypercharge.


Xiaomi 15T Pro boleh didapatkan dalam tiga pilihan warna iaitu Mocha Gold, Black dan Grey. Ia akan dijual pada tanda harga RM2699 untuk varian 12GB/256GB, RM2999 Untuk 12GB/512GB dan 12GB/1TB pada RM3499. Pra-tempah Xiaomi 15T Pro dari hari ini sehingga 2 Oktober untuk dapat Xiaomi Watch S4 secara percara dan juga pelbagai servis atau baucer yang menarik.


Untuk Xiaomi 15T dijual dalam tiga pilihan warna seperti Rose Gold, Grey dan Black. Varian 12GB/256GB boleh didapatkan pada harga RM1899 dan RM2199 untuk 12GB/512GB. Anda juga turut boleh dapatkan pelbagai hadiah menarik termasuk Xiaomi Buds 5 secara percuma dalam tempoh pra-tempah.




