Selain pelancaran siri Xiaomi 15T, Xiaomi turut melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Xiaomi Pad Mini ke pasaran Malaysia. Ini merupakan tablet mercu dalam saiz yang kecil namun menawarkan spesifikasi yang menarik.

Xiaomi Pad Mini menggunakan skrin yang bersaiz 8.8” sesuai mengikut namanya. Skrin ini juga menggunakan resolusi 3K dengan kadar segar semula setinggi 165hz. Tahap kecerahan mencapai sehingga 700nits yang sesuai untuk penggunaan tablet. Tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai sokongan HDR10 dan Dolby Vision untuk visual yang lebih cantik.

Prestasi dalamanya juga agak menarik dimana ia menggunakan cip yang sama pada Xiaomi 15T Pro iaitu Mediatek Dimensity 9400+ bersama dengan 8GB atau 12GB RAM LPDDR5X. Pilihan storan pula adalah 256GB atau 512GB UFS 4.1. Bateri sebesar 7500mAh dimuatkan dalam tubuh tablet yang kecil ini serta menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge dan 18W untuk pengecasan berbalik secara berwayar


Xiaomi Pad Mini ini boleh didapati dalam warna Grey. Ia akan dijual pada tanda harga RM2299 untuk 12GB/512GB. Dalam tempoh terhad, anda boleh dapat Xiaomi Pad Mini ini dengan harga promosi iaitu RM1999.



