Sistem brek gagal berfungsi, ambulans KKM rempuh dua kereta

LocalCars
17 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sistem brek gagal berfungsi, ambulans KKM rempuh dua kereta

TUMPAT: Kegagalan sistem brek berfungsi dengan baik menjadi punca sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hilang kawalan sebelum merempuh dua kenderaan persendirian di Simpang Tiga Kampung Neting, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, siasatan siasatan awal mendapati sebuah ambulans jenis Toyota Hiace yang dipandu oleh
seorang lelaki Melayu tempatan berusia 43 tahun dari arah Kelaboran menuju ke Pengkalan
Kubor.

Katanya, setiba di lokasi kenderaan itu mengalami kegagalan sistem brek lalu hilang kawalan dan kemudian hilang kawalan sebelum melanggar dua buah kereta masing-masing jenis Proton Waja serta Perodua Viva.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Proton Waja mengalami pendarahan pada bahagian
kepala manakala pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Khairi memberitahu,
pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, saringan air kencing yang dijalankan ke atas pemandu ambulans didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Mohd. Khairi turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.-UTUSAN

The post Sistem brek gagal berfungsi, ambulans KKM rempuh dua kereta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved