Sistem e-halal Jakim diperkemas, pastikan kualiti terjamin, diyakini

3 Dec 2024 • 6:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 DIS: Sistem e-halal yang dilaksana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diperkemas bagi kelancaran pemberian sijil halal, kata timbalan menteri agama.

Senator Zulkifli Hasan berkata sistem e-halal 2.0 itu akan dilaksana secara menyeluruh supaya dapat melindungi dan meyakini sijil halal di Malaysia.

“Kita telah laksana sistem e-halal dan akan perkasakan secara menyeluruh, ini akan mempercepat pemberian sijil halal selain memastikan kualitinya terus terjamin dan diyakini.

“Dalam pada itu, dengan penambahan juruaudit halal yang dibentang dalam Belanjawan 2025 dapat menambah baik ekosistem halal supaya aspek pensijilan dilaksana secara berkesan,” katanya menjawab soalan wakil rakyat Rompin, Dato’ Abdul Khalib Abdullah berhubung mekanisme sijil halal di Parlimen hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan Jakim mengadakan kerjasama strategik dan libat urus bersama agensi dan persatuan berkaitan dalam usaha meningkatkan sijil pengesahan halal bagi produk bukan makanan seperti kosmetik, farmaseutikal dan barang gunaan.

Katanya, antara agensi terlibat yang membantu dalam meningkatkan permohonan pensijilan halal Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia (MTGA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved