Sistem e-Tanah diperluas, Kedah mula operasi tahun depan

30 Jul 2026 • 1:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sistem e-Tanah diperluas, Kedah mula operasi tahun depan

PUTRAJAYA – Sistem e-Tanah akan diperluaskan ke Kedah mulai 1 Januari 2027 dalam usaha mewujudkan satu sistem pentadbiran tanah yang lebih seragam dan cekap di seluruh negara.

Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, ketika ini sistem e-Tanah telah dilaksanakan di tujuh negeri dan terbukti membantu mempercepatkan urusan pentadbiran tanah serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, sistem bagi Kedah kini berada pada peringkat akhir pembangunan dan sedang melalui proses ujian sebelum beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan.

“Yang terawal akan dilaksanakan ialah Kedah. Sistemnya hampir siap dan kini dalam fasa ujian sebelum dilancarkan pada 1 Januari 2027,” katanya selepas Majlis Kemuncak Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Kedah, pelaksanaan e-Tanah turut dirancang diperluaskan ke beberapa negeri lain yang masih dalam peringkat perbincangan dan rundingan.

Tambahnya, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mendantangani perjanjian, manakala Perlis dan Kelantan kini dalam proses memuktamadkan perjanjian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi Sabah dan Sarawak, perbincangan awal di peringkat pegawai telah diadakan bagi memperluaskan pelaksanaan sistem e-Tanah ke kedua-dua negeri itu.

Terdahulu, sistem e-Tanah telah dilaksanakan di tujuh negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Perak, Terengganu, Melaka dan Pulau Pinang.

The post Sistem e-Tanah diperluas, Kedah mula operasi tahun depan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved