Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan

LocalPolitics
9 Sep 2025 • 1:50 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan dilaporkan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata langkah ini diambil bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi ini.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya.

Pendekatan Untuk Kelancaran Subsidi Bersasar

image is not available

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini bagi pelaksanaan subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya. Menurut beliau, kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol ini kini berada di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan oleh kerajaan bersama pihak berkepentingan.

Amir Hamzah menegaskan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas sama sekali.

Integrasi Sistem MyKad Bersama Syarikat Stesen Minyak

image is not availableimage is not available

Kerajaan juga sedang bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem pembayaran dengan menggunakan MyKad dapat berfungsi sepenuhnya apabila pelaksanaan subsidi RON95 bermula nanti.

Sumber: Kosmo