Sistem paparan LED di Kluang digodam, papar kandungan tidak senonoh

LocalTechnology
30 Oct 2026 • 12:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Sistem paparan LED di sekitar bandar Kluang, Johor yang dilaporkan digodam sehingga memaparkan kandungan tidak senonoh.

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan sistem paparan LED miliknya telah diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dalam satu insiden penggodaman siber.

MPK dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama vendor bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

Menurutnya, langkah pemulihan turut dilaksanakan bagi memastikan keselamatan sistem dipertingkatkan sekali gus mengelakkan insiden sama daripada berulang.

“MPK ingin memaklumkan bahawa sistem paparan LED milik MPK telah mengalami insiden pencerobohan siber (penggodaman).

“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dilaksanakan dengan kerjasama pihak vendor bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengambil langkah pemulihan dan memperkukuh tahap keselamatan sistem,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, MPK memohon maaf kepada masyarakat Kluang atas segala kesulitan dan kebimbangan yang timbul susulan kejadian berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius insiden tersebut dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penggodaman yang berlaku.

MPK juga memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan serta memburukkan nama baik dan imej pihak berkuasa tempatan berkenaan.

The post Sistem paparan LED di Kluang digodam, papar kandungan tidak senonoh appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved