“Sistem tahi kucing!” – Sharnaaz Ahmad Bengang ‘Scalper’ Bolot Beli Nombor Plat

Entertainment
6 Sep 2023 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedia maklum nombor plat kenderaan yang cantik dibaca atau dilihat akan dijadikan bidaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, sistem tersebut dirasakan tidak adil apabila ada pihak yang membolot membeli kesemua nombor yang dibida.

Begitulah luahan yang dibuat oleh pelakon Sharnaaz Ahmad yang berpendapat sistem bidaan terbabit dikatakan kurang efisien dan menyusahkan pengguna.

image is not available

Sharnaaz turut mempersoal bagaimana sistem itu berfungsi kerana orang awam tidak berpeluang membida nombor pendaftaran idaman walaupun sudah menunggu lama.

“Saya dah lama nak cakap fasal ni, tapi tidak terkeluar. Hari ini dan semalam buatkan saya panas hati dengan JPJeBid ni.

“Minta maaf cakap kepada Pengarah JPJ, tapi sistem memang betul-betul sampah, tahi kucing!” katanya.

Pelakon itu turut meluahkan kemarahan kepada scalper iaitu pihak yang membeli nombor berkenaan secara pukal dan menjualnya semula dengan harga tinggi.

“Aku tanya berapa ramai orang awam menang bida? Tak ramai. Yang menang ini adalah scalper,” katanya menerusi video di Instagram.

Justeru, Sharnaaz berharap sistem tersebut dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, luahan yang dibuat itu bukan mahu menghentam agensi terbabit tetapi mahu sistem tersebut diperbaiki supaya semua pengguna boleh membeli nombor pendaftaran secara adil.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.