Sita kargo Israel bukan sekadar penguatkuasaan, tapi tuntutan Maqasid Syariah – Zulkifli

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sita kargo Israel bukan sekadar penguatkuasaan, tapi tuntutan Maqasid Syariah – Zulkifli

PETALING JAYA – Tindakan menyita kontena disyaki membawa kargo ketenteraan berkaitan Israel bukan sekadar soal penguatkuasaan undang-undang, malah selari dengan tuntutan Maqasid Syariah dalam memelihara nyawa dan kedaulatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, prinsip Hifz an-Nafs atau pemeliharaan nyawa menjadi antara asas yang mendukung tindakan tegas kerajaan dalam perkara berkenaan.

Menurutnya, tindakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita kontena terbabit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor turut membuktikan pendirian Malaysia menolak sebarang bentuk persekongkolan atau bantuan logistik kepada Israel.

“Tindakan ini selari dengan kewajipan agama serta prinsip Maqasid Syariah (Hifz an-Nafs) bagi memelihara nyawa dan memastikan kedaulatan tanah air tidak dieksploitasi oleh rejim haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Zulkifli menyeru rakyat supaya terus menyokong pendirian kerajaan dalam mempertahankan solidariti bersama Palestin.

“Sebarang usaha meloloskan kargo sokongan ketenteraan kepada Israel akan ditentang.

“Semoga Allah SWT memelihara perjuangan pembebasan Palestin sehingga kemenangan hakiki tercapai,” katanya.

Terdahulu, AKPS memaklumkan sebuah kontena di PTP ditahan dan diperiksa pada 7 Ogos lalu selepas disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Penghantaran itu disyaki tidak mematuhi Item No. 15, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang melarang pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut merakamkan penghargaan kepada AKPS atas tindakan pantas menyita kontena tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Sita kargo Israel bukan sekadar penguatkuasaan, tapi tuntutan Maqasid Syariah – Zulkifli appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved