Siti Hariesa Kini Bahagia, Ulas Tentang Perkahwinan - “Jika Ada Rezeki…”

17 Apr 2025 • 7:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Siti Hariesa, menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
 

Nak kahwin

 


Bagaimanapun kata Hariesa, dia akan berkongsi sekiranya ada berita gembira selepas ini.


 

“Sejujurnya usia saya sekarang pun sudah berapa dan semestinya saya ingin berkahwin.
 
“Cuma tunggu bila sahajalah kan, tunggu jika ada rezeki, itu sahaja. Bila tiba masanya saya akan beritahu tapi bukan tahun ini,” ujarnya.

 


Hariesa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYi 2025 bertempat di EQ Kuala Lumpur pada Selasa.


 

Rahsiakan identiti jejaka pilihan

 


Mengulas mengenai jejaka pilihannya, Hariesa bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identitinya.


 

“Berkenaan perkahwinan, tengok dulu macam mana sebab pasangan saya pun kena bincang mengenai jadual masing-masing.
 
“Sebagai pelakon saya mahu orang kenal dan lebih fokus kepada bakat saya, jadi lebih baik saya kekal ‘low key’ mengenai kehidupan peribadi.

 


“Tetapi mengenai perkahwinan sudah tentu saya mahu beritahu dunia yang saya sedang dilamun cinta, insya-Allah,” jelasnya.


 


Terdahulu, Hariesa mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka.


 


Kata Hariesa, hubungan mereka masih di peringkat awal dan dalam fasa mengenali satu sama lain. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved