Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

16 Jun 2024 • 7:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kisah perkahwinan pempengaruh media sosial dan usahawan Siti Jamumall dan pasangan Aiman Tak Kisah di Satun, Thailand terus menjadi bualan ramai.

Terbaharu, menerusi siaran langsung di TikTok, Siti Jamumall tampil menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet terutama pilihannya untuk berkahwin di negara jiran.

Jelas Siti Jamumall, dia telah menghabiskan sejumlah wang menerusi perkahwinan yang 'tak jadi' sebelum ini.

"Kalau saya cerita tentang duit, kenapa tak kahwin kat Malaysia? You tak tahu berapa banyak I rugi untuk perkahwinan saya yang tak jadi tu. Faham tak?

"Saya seorang individu (yang ada something), yang ada besar kuman tu, kalau you kata kenapa tak buat wedding grand? Kalau saya dah suka seseorang, dia kahwini saya dengan senaskhah al-Quran pun saya terima. Saya tak kisah," katanya sambil ditenangkan suaminya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud 'perkahwinan tak jadi' yang diperkatakan Siti Jamumall, sama ada perkahwinan pertama atau perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mei lalu.



image is not available